10 Kereta Termahal Dunia Yang Aku Tak Mampu Beli

1. Koenigsegg Trevita 2010.
    Harga $2.21 Juta ( RM 6,670,444 )
Kereta yang sangat mahal dan boleh la laju ini direka berdasarkan Koenigsegg CCXR dan ditambah dengan penapis karbon baru "trevita" yang bermaksud "tiga kulit putih" dan berlian berkilauan. Jentera 100% dilengkapi dengan Koenigsegg Bodywork berkilauan Berlian, sayap karbon ganda digunakan di dalamnya, mempunyai sistem yang berbeza disebut sebagai sistem hidraulik mengangkat, sistem hiburan,dan sistem pemantauan serta beg udara khusus.Mahal sangat,tak lawa mana pun.Tubuh luaran dicat sepenuhnya di Sweden, di markas Koenigsegg.













2. Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport 2010.
    Harga $2 Juta ( RM 6,064,000 )
Kereta ni antara kereta lumba kegemaran aku.Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport merupakan kereta dunia nombor 2 termahal.Bahagian dalaman enjinnya dilengkapi dengan 1001 kuasa kuda,dan mesin 16-silinder.Dilengkapi dengan 2.7 inci cermin LCD.Dengan spesifikasi yang dimiliki,cukup menjadikan jentera ini jentera terpantas di dunia.Tapi kalau nak pandu kt Malaysia,lupakan je la ye.Jalan kat Malaysia tak sama macam kt Ameriko dari segala sudut senang cakap.Tapi kalau ada yang masih beli jugak kereta ni pandu kat Malaysia,respek la.Mesti berlambak saman kau.HAHA!!














3. Pagani Zonda Cinque Roadster 2010
    Harga $1.8 Juta ( RM 5,461,200 )
Kereta ni memang menarik.Mungkin sebab bentuk dia kot yang aerodinamik.Unit kereta ni yang dikeluarkan memanglah sikit. Cecita tentang kereta yang luar biasa ni, yang aku tau Chassis dibuat dari titanium karbon. Enjin kereta ni disokong oleh 678 V12 AMG Mercedes kuasa kuda ( ni enjin mercedes punya ).Perlu 3.4 saat untuk mencapai 100 km /jam. Kelajuan tertinggi 217 mph.Badan kereta ni macam biasa la guna karbon tapi tambah magnesium dan titanium.


4. Lamborghini Reventón Roadster 2010 
     Harga $1.56 Juta ( RM 4,733,820 )
Ilham bentuk kereta ini diambil dari pesawat Stealth. V12 650 HP Engine digunakan dalam kereta ini.Kereta ini mencapai tahap kelajuan tertinggi 200 mph dan hanya memerlukan 3.4 saat untuk mencapai lebih daripada 60 mph. Jentera ini sangat ringan kerana tubuh kereta
ini dibuat dari bahan serat karbon yang mengandungi semua ciri-ciri yang ada
pada kereta super Itali.Lai tengok gerek tak bentuk Lambo ni.Memang macam kapal terbang Stealth.


















5. Lamborghini Reventón 2010 
    Harga $1.42 Juta ( RM 4,308,990 )
Yang ini aku tak tahu sangat tapi jumlah kereta ni yang dikeluarkan memang terhad.Entah2 ada 10 je kot kat dunia ni.Aku pun tak pasi apa perbezaan yang jenis ni dengan roadster.Mungkin pada harga kot. Jentera ini lengkap dengan rim aluminium hitam, sama dengan versi yang baru jenis roadster, rekabentuk sama macam Lambo Reventon Roadster.Lambo ni memang line2 tentera.












6. Maybach Landaulet 2010 
    Harga $1.4 Juta ( RM 4,248,300 )
Aku memang awal2 tak minat tengok bentuk kereta ni.Kereta orang korporat a.k.a orang tua@lama.Kereta ni asal dari Jerman. Kereta ini disebut sebagai Landaulet dan merupakan kereta sedan yang paling mahal.Kereta ini mempunyai 604 HP, dengan kelajuan maksimum 155 mph, dan ditambah dengan 12 mesin turbokembar.Cecita la apa2 pun,aku tetap tak minat bentuk kereta ni tapi aku respek dalam kereta ni memang smart.




   





















7. Koenigsegg CCXR 2010 
    Harga $1.3 Juta ( RM 3,944,850 )
Koenigsegg CCXR adalah alternatif lain dari jenis Koenigsegg CCX.Jentera ini memerlukan 
3.1 saat untuk mencapai 100 km per jam, dan kelajuan tertinggi adalah 250 batu per jam.











8. Koenigsegg CCX 2010.
    Harga $1.1 Juta ( RM 3,337,950 )
Kereta yang boleh tahan smart ni adalah sebuah mesin V8 yang digunakan dalam kereta  
ini dan hanya 806 unit yang dihasilkan dan diedarkan ke seluruh dunia. Hanya memerlukan   
masa 3.2 saat untuk mencapai 100 km/j. Kelajuan tertinggi dapat dicapai adalah 245 mph.
Tayar kenderaan menggunakan rim karbon, dengan 6 kelajuan, dan brek seramik


























9. Leblanc Mirabeau 2010. 
    Harga $765,000 ( RM 2,321,293 )
 Ok ceritanya macam ini lah.Kereta serba pelik ini dibina dengan uji ketahanan 24 jam di  
Le Mans.Kereta ini dikhaskan undang-undang penggunaannya di jalanraya. Mirabeau  
menggunakan mesin V8 4.7-liter, 700 hp, dan boleh mencapai kelajuan 230 mph.













10. SSC Ultimate Aero 2010.
      Harga $740,000 ( RM 2,245,530 )
Model baru tersedia dengan kelajuan 270 mph, Spiller diperbuat dari karbon, 
juga dilengkapi pengesan suhu dan tekanan tayar yang pelbagai keadaan dan 
 mengoptimumkan untuk pemanduan yang sempurna.