Hari Jumaat.17 Jun 2011.Lepas sembahyang jumaat,calling member aku Amin tanya port tempat makan.Dengan tak pakai helmet,aku naik moto aku terjah ke destinasi.Aku pun noob tak tau jalan dalam.Guna jalan luar siap lalu sebelah kereta polis.
Makan macam biasa tapi pelahap jugak sebab aku lapar sangat.Habis makan 2.30.Aku balik naik e'ein.Moto aku ijat pinjam.Balik ke kolej macam biasa cuma tak pakai helmet.E'ein bawak slow je.Maklumlah baru lepas solat Jumaat kan.Tapi nasib aku tak baik.Betul2 depan kilang kaca entah kapak ke aku berlanggar dengan lori 1 tan.Ni gambar time eksiden aku.
Sebelum kena 6 jahitan.
Kawasan kemalangan.
Lori yang keras.
Motor member aku yang kemalangan.
Apapun aku tetap bersyukur sebab aku dan member aku selamat dan tak de patah.aku cuma kena 6 jahitan di kepala je.Aku nak ucap terima kasih kepada member2 aku yang datang melawat dan tolong aku dengan member aku yang eksiden hari Jumaat tu.
Kepada pemandu dan pembonceng motorsikal di luar sana,pakailah helmet dan berhati-hati ketika memandu.Tak kiralah jalan dekat ke jauh.Kalau dah nak eksiden,eksiden jugak.Nak pergi solat Jumaat pun pakailah.Eksiden memang menyakitkan.Ingatlah orang yang tersayang.